Wednesday, October 12, 2011

Zikir (Names of Allah)

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.

 

Mom woke me up yesterday and gave me a handwritten paper. It contains useful zikir for me to put to practice daily. I am really grateful. (Ya Allah, murahkanlah rezeki ibuku yang bersusah payah menggunakan tenaganya untuk mengajarku.) So far reciting the zikir (names of Allah) has gave me greater confidence to face my day. Insya Allah I will recite it everyday and let it become a habit. Amin.

I wish to share this with my Muslim brothers and sisters. So here it is:


Untuk Menguatkan Semangat
65 - الواجد

Ertinya: Yang Dapat Memperolehi Segala Apa Yang Dikehendaki.
Ucapkanlah "Yaa Waajidu" pada tiap-tiap kali anda menyuapkan makanan ke mulut anda, nescaya Allah akan menjadikan anda seorang yang kuat semangat untuk berjuang di dalam segala bidang. Terutamanya dibidang pelajaran. Di mana sifat-sifat yang negatif seperti bimbang, letih-lesu dan lain-lain lagi akan hilang dari diri anda.

Untuk Terang Hati Dan Tajam Penglihatan
66 - الماجد

Ertinya: Yang Maha Besar Kemuliannya
Cubalah ucapkan "Yaa Maajidu" sebanyak 400 kali tiap-tiap hari. Insya Allah, anda akan dikurniakan hati yang terang dan ingatan yang tajam. Anda tidak akan jadi seorang pelupa sepanjang masa anda mengamalkannya.

Supaya Dapat Menjadi Seorang Yang Pandai
98 - الرشيد
Ertinya: Yang Maha Pandai
Lihatlah kejadian alam ini, yang mana betapa pandainya Allah mencipta sesuatu itu, perhatikan anggota tubuh badan kita sahaja disitu sudah tergambar betapa besarnya kepandaian dan kekuasaan Allah dalam mencipta akan sesuatu. Maka jika anda ingin menjadi orang yang cerdik pandai disamping anda menuntut ilmu pengetahuan dengan mengembangkan bakat0bakat yang telah diberi oleh Allah dibidang masing-masing, jangan lupa, perbanyakkan berzikit "Yaa Rashiidu" di setiap hari setelah selesai solat, maka Allah akan menambah lagi kepandaian kita.

Supaya Dijadikan Seorang Yang Bersifat Penyabar
99 - الصبور
Ertinya: Yang Maha Sabar
Jika anda mempunyai sifat yang pemarah atau cepat panas dengan disebabkan oleh sesuatu, dan anda berhasrat untuk menukarkan sifat anda kepada sifat penyabar, maka cubalah anda ucapkan "Yaa Sobuur" sebanyak mungkin, setiap kali selesai solat lima waktu, dan hendaklah diamalkan pada setiap hari. Insya Allah perangai anda yang pemarah itu akan bertukar menjadi seorang yang penyabar.

Do'a Mohon Ilham
"Allahumma alhimni rushdi wa 'idh ni min syarri nafsi"
Ertinya: Ya Allah ilhamkanlah padaku pelajaran-pelajaran untukku dan lindungilah aku dari kejelekkan jiwaku.